“..tidak mahu jadi seperti itu..” itulah rungut hati di suatu petang apabila melihat beberapa anak muda berpelesaran ditepi-tepi jalan..sepertinya tidak ada yang mereka khuatirkan..dan sepertinya mereka punya dunia sendiri..dan jelas mereka tidak punya dan merasa beratnya beban hidup..
Melewati jalan-jalan sepi itu sendiri..melintasi gelap-gelap belukar..dan mata lantas menyedari ada dua makhluk Tuhan berada dibalik rumput-rumput..jika mereka dari tadi tidak bersuara atau sedikitpun mengeluarkan bunyi, pasti aku sama sekali tidak menyedari kewujudan mereka di situ..dan mengapa mereka di situ? Dan apa yang mereka kerjakan?..menarik nafas dalam dan berkata lagi dalam hati..
“..tidak mahu menjadi seperti itu..”
Semakin hari,dunia semakin menjadi aneh..dunia seakan-akan mewujudkan beraneka ragam manusia..dan dunia seolah-olah menciptakan suasana yang jelas bertentangan dengan lumrah dan fitrah..
“..aku tidak mahu menjadi seperti itu..”sekali lagi hati berbisik..kali ini benar-benar hati berbisik tegas..jangan sesekali melahirkan kata hati untuk menjadi seperti itu..seperti mereka yang membanggakan kemungkaran..mereka yang merasa bahagia dengan segala ‘larangan keras’ yang mereka lakukan..dan merasa hidup mereka lebih bererti dari orang lain kerana melakukan sesuatu hal yang jelas jauh sekali menyimpang dari garis yang seharusnya..
“..aku tidak mahu menjadi seperti itu..”..hati bersuara dan lantas bebola mata merasa pedih..ada sesuatu yang menikam dada ini..apabila melihat seorang anak muda menolak ibunya di pinggir jalan..sang Ibu yang dari tadi kelihatan cuba memujuk anaknya supaya tidak pergi dan si anak yang juga dari tadi heboh lantas menolak ibunya di pinggir jalan..lihatlah dunia..
“..aku tidak mahu sesekali menjadi seperti itu..”hati kali ini berteriak keras..melihat anak-anak muda yang sempurna akalnya..dan dari tampak gagah fizikalnya sedang mabuk-mabuk di jalanan..ketawa yang cukup mengambarkan mereka bebas dari tekanan..apabila azan subuh dilaungkan,mereka masih ketawa-ketawa..mungkin kerana mereka tidak mahu pesta malam berakhir..
Membaca berita-berita pagi..ada yang saling berbunuhan kerana cinta..ada yang saling menyakiti kerana harta..ada ada juga yang saling bermusuhan kerana derajat dan kedudukan..hati kecil bersuara lembut..”..aku tidak mahu menjadi seperti itu..”
Suatu pagi aku duduk di sebuah bangku di taman kecil di dalam Universiti ini..melihat kelibat-kelibat manusia..cuba untuk mempelajari ‘gerakan’ manusia dari pelbagai segi..dan sesekali cuba untuk memahami serta mendalami penciptaan yang agung ini..dan dari situ aku belajar sesuatu..
Belajar untuk tidak hanya berkata “..aku tidak mahu menjadi seperti itu..”..tapi harus selalu juga berbisik dalam hati..”..apa yang aku lakukan untuk membaiki dunia ini?..”
Aku tersenyum sendiri..dari segenap kata-kata dan keluhanku tentang kehidupan,hanya beberapa yang aku berusaha untuk memperbaikinya..dan selebihnya hanya rungutan dan kadang-kadang kesalan dalam hati..
Apa yang harus aku lakukan dengan apa yang ada pada diri ini? Apakah yang bisa aku lakukan dengan kedudukan aku hari ini? Dan aku harus mulakan dari mana?
Semuanya jawapan ada pada diri..baikilah dunia ini duhai hati..supaya nanti dunia tidak ikut mencelamu kerana turut bersubahat merosakkanya..




0 Perkongsian hati:
Catat Ulasan