salam buat semua hati yang dirindui..
sudah lama rasanya aku tidak melauhkan sayap-sayap cinta di sini..duduk sambil meminjamkan hati ini kepada setiap yang sudi berkongsi dan membaca kisah-kisahku..terlalu lama ekoran kesibukkan aku sebagai pelajar perubatan yang sedang praktikal...
untuk sepanjang 10 minggu ini aku ditempatkan di sebuah hospital atau rumah sakit yang dimiliki oleh Angkatan Laut Indonesia...dan di sini terlalu banyak yang aku pelajari dan aku rasai bersama hati-hati yang melangkah bersamaku..namun sahabat, kali ini aku tidak mahu menceritakan pengalaman aku di sini...tapi menceritakan suatu kisah yang hampir meragut senyum tawaku...
minggu ini aku ditugaskan di Poliklinik dan di sini aku bertemu dengan beratus-ratus orang yang lazimnya datang untuk pelbagai keluhan tetapi tujuan datang adalah untuk berobat...dan mungkin kalian sedia maklum kesibukan melayan bermacam-macam ragam manusia...dan mungkin kalian dapat membayangkan keadaan orang seperti aku yang terasa jenuh atau tepu dengan pesakit yang ramai ini..namun, dalam kesibukan dan kekalutan ini...aku melihat..
"...ayah? ayah ada kat sini?.."hati aku berbisik sekaligus nadiku jadi seolah-olah berhenti
aku memandang terus wjh itu dari kejauhan,,mencuri pandang gelagat dan tingkahnya..selepas mengamati lebih lama..jelas, itu hanya pelanduk dua seruap..dalam hati aku sempat mengomel betapa tidak mungkin kalau ayah untuk datang ke hospital tempat aku ditugaskan kerana ayah tidaklah tahu selok belok jalan di Jakarta ini..aku lantas menepuk dahiku dan tersenyum kecil...
"..mungkin sebab rindu.."..hati sempat berbicara sambil aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk melihat apakah aku masih boleh melakukan panggilan..dan hampa kerana pulsa (kredit) masih belum terisi..aku memasang niat ntuk mengisi seleps pulang nanti..
dan malam itu belum sempat aku menelefon, ayah telah memanggilku terlebih dahulu..dia bertanyakan khabar dan sempat bergurau senda..serta ayah memberitahuku bahawa dia ada mengirim sedikit wang saku melalui Maybank ku..dan dia sempat menasihkan aku untuk bekerja sungguh-sungguh..
keesokkan harinya..keadaan seperti biasa..aku juga seperti biasa..pergi ke hospital dan pulang agak petang kerana aku mengambil keputusan untuk mencuba menggunakan pengangkutan awam busway yang diambil agak jauh dari hospital..setibanya di rumah,aku merebahkan tubuh yang lelah..dan mengluarkan telefon bimbit sambil menekan-nekan tombolnya dan nama ayah keluar sebagai daftar pemanggil yang terakhir malam tadi...hati berbisik untuk menelefon ayah saat ini..dan aku menghubungi ayah..
"..ayah awak excident dan sayan nak bawa ayah awak ke hospital sekarang juga..dia tidak searkan diri.." suara seorang wanita yang tidak aku kenali di gagang menjawab panggilan telefonku tadi..
aku bertanya dalam suara yang penuh getar..
"..ayah macam mana?..kondisi ayah macam mana?.." air mata mengalir sederas-derasnya dengan suara aku yang bergetar tadi..kali ini seluruh badan menggigil..
"..saya tidak tahu tetapi dia tidak sedarkan diri..kami ke hospital sekarang..saya akan menghubungi kembali.."..ringkas dan padat jawapan dari wanita itu dan panggilan diputuskan..
Ya Allah, Ya Rahman..Ya Rahim..
aku menangis,berteleku bersujud dihadapanmu ya Allah..selamatkan dia..insan yang cintaku padanya tiada berharga..
akuterus beristigfar..bertasbih dan dalam hati ini aku menyusun doa-doa agar semuanya seperti yang aku harapkan..
selamatkan ayahku, Ya Rabb...
Kalau saya tak ada post apa-apa…..
2 beberapa blan yang lalu




6 Perkongsian hati:
salam..
sabar yus..smoga Allah sembuhkan ayah enta..
semoga diberi kekuatan..
salam.
semoga ayh kamu sihat. :)
sehiingga ketika ini, bagaimana keadaan ayah?
aiseyh~
br perasan, kejadian tahun lepas..
x__x
salam semua..
alhamdulillah ayah dah ok..
dia sudah sembuh seperti biasa..cuma mungkin fobia nak naik motor lg..
terima kasih atas doa-doa kalian..:)
Catat Ulasan