Oktober 27, 2010

Bila Cinta ini..

Hujan malam yang membuatkan sejuk menusuk sampai ke tulang..sejuk karawang ni mengimbau pelbagai noltalgia..mata meliar-liar mencari selimut..dingin sangat sampai boleh sesak nafas..

'..jom makan sama nak?'..ajak seorang teman..

Aku mengangguk dan terus berjalan bersama menuju ke tempat untuk memenuhi tuntutan perut..aku membiarkan sepanjang perjalanan itu sepi..kerana aku benar-benar tidak punya topik untuk dibualkan..sepatah ditanya setengah patah aku menjawab..terasa semacam ingin batalkan saja rencana makan bersama ni,namun aku tidaklah begitu kejam..diamkan dalam hati sudah..

'..sihat?lama jugak kita tak jumpa..borak-borak mcm dulu..kau nampak gemuk skrg ni..makan apa kau ni?kerja ke melantak?..'..perbualan yg dimulakan oleh temanku tadi sambil ketawa kecil dihujungnya..aku?mengungkit bibir sedikit..sebagai tanda tersenyum..

'..kau nk makan apa?'..tanya dia..

'..aku taknak makan..minum pun taknak..kalau ada apa-apa yg kau nak cakap,kau ckapla sekarang..lagi cepat settle dan aku boleh balik berehat..'..tersusun lancar kata-kataku..keadaan mula tegang..

Lama diam..sunyi dan sepi tanpa kata..
Dan..

'..aku balik dulu..assalamualaikum..'

Aku berlalu pergi..menahan taksi dan terus melangkah tanpa menoleh..

Aku tidak membencimu sahabat..tidak menolakmu..tapi maaf,masih ada bekas ludahanmu di muka ini,masih ada lebam-lebam biru di mata kanan dan kiriku..masih jelas luka torehan dalam hati..kau campak diri ini ke laut..kau bakar jiwa..kau hinakan diri..aku masih butuh waktu..

Dengan nama Allah,aku serahkan segala sesuatu padaNYA..

0 Perkongsian hati: