Julai 19, 2010

Demi Cinta 2...

Demi cinta..

Demi cinta,
Aku sanggup utk disakiti..
Dicemuhi dengan pelbagai cacian..
Dihina dengan aneka makian..
Diherdik dan diperlekehkan..

Demi cinta,
Aku rela dipermalukan,
Maruah diperendahkan..
Harga diri dijual,
Wajah diludahi..dan
Disembur dengan kata-kata kesat..

Demi cinta,
Aku terima diri ini seadanya..
Diri yg penuh kekurangan..
Diri yg sering diperendahkan..
Yg sering dipersia-siakan..

Demi cinta,
Aku biarkan segala yg berlaku..
Biarkan ombak melanda diri..
Biarkan hati disiat-siat..
Diratah..
Biarkan hati dibunuh..
Biarkan diri rakus dilukai..

Demi cinta..
Aku telan segala kepahitan..
Aku terima segala kepayahan..
Aku rangkul setiap kehinaan..

Jujur,aku tidak kuasa untuk melalui keadaan ini..
Jujur,aku tidak kuat untuk hadapi saat ini..
Walau diri ini sering menangis,menahan kesakitan ini..

Namun,aku relakan segalanya terjadi..
Aku ikhlaskan hati untuk membiarkan ini berlaku..

Demi meraih cintaNYA..
Demi cinta..

0 Perkongsian hati: